HADIAH SASTERA DAN BAHASA BUDIMAN MALAYSIA
Logo HASBUDI

MATLAMAT
Menggerakkan secara aktif usaha meningkatkan perkembangan dan kemajuan persuratan dan memajukan peradaban Melayu menerusi keterlibatan penulis secara aktif dengan menyediakan suatu bentuk sanjungan bagi mengiktiraf sumbangan cemerlang mereka.
OBJEKTIF
- Menganjurkan Hadiah Sastera dan Bahasa Budiman Malaysia (HASBUDI) bagi memilih karya kreatif dan non-kreatif yang berkualiti, hasil karya ahli Budiman untuk diberi hadiah dan anugerah.
- Mencetak, menerbitkan dan memasarkan karya-karya kreatif yang memenangi penganugerahan untuk tujuan pasaran awam.
- Meningkatkan daya keberhasilan karya bersifat kreatif dan nonkreatif dalam kalangan ahli Budiman Malaysia.
- Memberi penghargaan kepada para penulis, seniman, ilmuwan dan karya ahli Budiman Malaysia menerusi hadiah dan anugerah yang bersesuaian.
TEMA
Wibawa dan Prestij
